Posts

Showing posts from September, 2019

4. Islam Tidak Mementingkan Duniawi

Image
4. Islam tidak mementingkan kehidupan dunia    Satu tanggapan salah yang agak popular juga dalam kalangan masyarakat Islam sendiri tentang ajaran Islam ialah agama Islam tidak mementingkan kehidupan dunia. Dengan itu, pada pandangan mereka, masyarakat Islam perlu menumpukan sepenuhnya kepada amal ibadat khusus untuk mendapatkan kebahagiaan pada hari akhirat. Kesenangan dan kebahagiaan hidup di dunia hanya milik orang bukan Islam. Dengan itu, biarkan orang bukan Islam berusaha untuk kejayaan hidup di dunia manakala orang Islam tumpukan kepada kejayaan hidup di akhirat. Hal ini merupakan satu tanggapan salah yang sangat berbahaya bagi umat Islam dan bercanggah dengan mesej Islam yang sebenarnya. Dalam al-Qur’an, Allah s.w.t. menceritakan sifat orang yang beriman yang sentiasa berdoa, maksudnya: Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, dan peliharakanlah kami daripada seksaan neraka. (Surah al-Baqarah: 201) Ay...

3. Islam Adalah Mundur

Image
3. Islam agama yang Mundur dan ketinggalan                                                                  Tuduhan juga sering dilemparkan kepada agama Islam sebagai agama yang kolot, mundur, ketinggalan dan hanya sesuai untuk masyarakat yang kurang bertamadun sahaja. Tuduhan ini dilontarkan sebahagian besarnya berpunca daripada hakikat kedudukan umat dan masyarakat Islam seluruh dunia hari ini yang secara umumnya sangat mundur, tidak berilmu dan berpecah belah. Bagaimanapun, jika kajian dilakukan secara jujur dan objektif terhadap isi kandungan ajaran Islam dan perjalanan agama Islam sepanjang sejarah manusia, kita akan dapati Islam merupakan satu agama yang dinamik, progresif dan sangat mementingkan ilmu pengetahuan. Hakikat kemunduran dan kekurangan ilmu dalam kalangan masyarakat Islam di dunia hari ini tidak bo...

2. Islam Disebarkan Melalui Mata Pedang

Image
2. Islam disebarkan melalui mata pedang Islam juga sering digambarkan sebagai agama yang disebarkan melalui mata pedang iaitu melalui kekerasan dan peperangan. Tuduhan ini juga tidak berasas sama sekali. Al-Qur’an melarang umat Islam melakukan kekerasan dan peperangan terhadap orang bukan Islam untuk memaksa mereka menerima Islam. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: … tiada paksaan dalam agama. (al-Baqarah: 256) Peperangan terhadap orang bukan Islam hanya dibenarkan jika orang bukan Islam yang memulakan peperangan atau melakukan persiapan untuk berperang atau melakukan kezaliman terhadap orang Islam atau menyekat usaha menyebarkan dakwah Islamiyyah secara aman. Dalam keadaan ini sahaja umat Islam dibenarkan untuk melancarkan peperangan terhadap orang bukan Islam. Malah, peperangan ini mestilah dilakukan dalam batasan yang tertentu untuk mengurangkan jumlah kemusnahan harta benda dan kematian. Dasar Islam dalam peperangan telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s....